About Me
|
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..
|
Interests
|
Lelaki sering dikaitkan dengan sifat dan perlakuan agresif, mereka juga dikatakan mempunyai sifat ego yang terlalu tinggi. Tahukah kamu terutamanya kepada kaum Hawa ada beberapa keistimewaan lelaki. Apakah keisitmewaan tersebut? Bacalah kat bawah nie yer..
1. TIDAK SUKA AMBIL TAHU PERIHAL ORANG LAIN 2. BIJAK BERTINDAK 3. BERSIFAT MELINDUNGI 4. MUDAH MENGALAH 5. BIJAK BERBELANJA 6. KOMITMEN YANG TINGGI TERHADAP KERJA 7. GEMAR BERDIKARI 8. MUDAH BERKOMPROMI 9. TABAH 10.BERFIKIRAN TERBUKA 11.LEBIH MENGHORMATI 12.TIDAK PENTINGKAN DIRI SENDIRI 13.TEGUH PENDIRIAN 14.TIDAK MUDAH BURUK SANGKA 15.LEBIH MENGHARGAI 16.TIDAK MATERIALISTIK 17.LEBIH LUAS PEMIKIRANNYA 18.SETIA 19.PEMAAF 20.LEBIH CEKAP 21.TIDAK BUSUK HATI 22.LEBIH HUMOR 23.PENDORONG 24.KETUA KELUARGA 25.SAHABAT YANG BAIK
INILAH KEISTIMEWAAN LELAKI!!
|
Favorite Music
duran duran,gary moore,radja,spider,iklim,alleycats,search,
|
Favorite Music Video
new kid in the block,titanic
|
Favorite Movies
batman,spiderman,battel star of gallictica,face off,star wars,combat, LOVE STORY,
|
Favorite TV Shows
news,discavory,
|
Favorite Books
lord of the ring,love story,humor,legenda
|
Favorite Quote
Tiada kata secantik bahasa, untuk diriku luahkan rasa, gurindam jiwa pembuka bicara, buat dirimu yang jauh di sana.
Pandangan pertama menggamit rasa, sentuhan hangatnya menggetarkan jiwa, adakah ini yang dinamakan cinta? CINTA PERTAMA, SEHANGAT ASMARA?
SUARA HATI kuingin berbicara, meluahkan rasa dan GELORA JIWA, tidak kuketahui HATI SEORANG WANITA, izinkan aku untuk bertanya, HATIMU UNTUK SIAPA?
AURA KASIH?n terasa, walau JAUH di hati tak lupa, NOTA CINTA BUATMU kuutus sentiasa, SETULUS JANJI, SESUCI CINTA, SAMBUTLAH CINTAKU yang kian membara, moga BADAI DIHATI kan pergi jua.
JENDELA HATImu kini terbuka, untuk kita melayari bahtera, MANISNYA CINTA yang kita bina, bilakah PELABUHAN KASIH ini dapat dinikmati bersama?
Sampai saat waktu dan ketika, bahana datang siapa menduga, SEINDAH MEMORI kita berdua, kini hancur dimamah usia.
KISAH KASIH kita berdua, kini berada di penghujungnya, JALINAN KASIH yang kita bina, mungkinkah musnah kerana EGOISnya?
AIR MATA KASIH mengalir jua, mengenangkan hidup SEPI TANPA CINTA, ANGKARA SAKA punca segalanya.
Moga terbuka pintu hatimu, maafkan daku, ampunkan daku, GERIMIS DIHATI siapa yang tahu, SETIA MENANTI huluran kasihmu.
TAK SEINDAH MIMPI apa yang aku angankan, TAK SEMANIS IMPIAN apa yang aku dambakan, MASIHKAH ADA KASIH yang ingin kau hulurkan, buat daku yang masih sendirian?
Ketahuilah olehmu RATU hatiku, YANG TERINDAH hanyalah KAU YANG SATU, KASIHKU ABADI
|
hi5 Games
AmirShah hasn't played any games recently.
Journal
Siapakah diri ini Soalan yang sering di tanya semalam, hari ini dan hari esok Walau aku sering menatap cermin Dan mengenali pantulan diri ini Walaupun kukenali nama ini, usia kini dan sejarah diri ini
Namun, masih tercari-cari siapakah diri ini Adakah aku ini raksasa di kalangan insan Atau aku ini insan yang masih dalam pencarian Tetapi jawapannya terhalang oleh perbuatanku sendiri… Adakah aku seorang insan berkeyakinan tinggi Yang sering mencapai kemenangan Dalam setiap perkara yang kulakukan
Adakah aku dilahirkan sebagai pemimpin berciri semulajadi Yang mampu mencipta persahabatan sekelip mata Atau aku sebenarnya seorang berhati kecut Yang suka menunjuk-nunjuk pada alam dan Tuhan … Walaupun diri ini mahu memiliki sifat kental Tetapi diri ini masih dibayangi rasa ketakutan… Pada-Mu Tuhan, kudambakan kekuatan dalam kehidupan Dan satu hari, kutemui jawapan jitu Identiti sebenarnya insan yang terpantul Dari balik cermin itu...
|
Applications
myYoutube
Myyoutube is the first ajax written, feature rich, and complete Video application on any social ne...
|
|
|
hi5 Gifts
AmirShah has no unwrapped gifts.
|
|